Jumaat, 25 November 2011

teman....



Teman…
Kau ibarat matahari yang menyinari kegelapan hidupku
Kau ibarat hembusan bayu di waktu pagi
Memberikan kesegaran dan mententeramkan jiwaku
Kau hadir di saat aku memerlukan teman
Teman untuk berbual bicara dan mendengar segala keluhan hatiku
Teman untuk berkongsi segala kegembiraan dan kesedihan hatiku
Juga seorang teman yang sama-sama berjuang
Berjuang merebut kecemerlangan duniawi
dan kesejahteraan ukhrawi



Teman…
Hadirmu tidak pernah ku duga
Hilangmu tanpa pernah ku pinta



Wahai Temanku…
Andainya diri ini pernah mengecewakan dirimu
Seribu kemaafan ku pohon
Sejuta penyesalan minta di ampun
Dan ingatlah wahai temanku
Dirimu akan tetap menjadi temanku
Walaupun diriku telah menghadap Ilahi…


Jumaat, 18 November 2011

cinta







Di keheningan malam itu,
Aku tersentak..
 Lalu ku berfikir..
Apakah ini kesudahannya..
Impian yg bakal dibina musnah dalam sekelip mata..
Dengan hati yg tabah aku kuatkan semangatku..
Juraian airmata bukan lagi peneman tidurku..
Gagal tidak bererti kalah..
Aku nekad..
Hati yg hancur ku ubat dengan gelak ketawa..
Tika ini,
Hanya teman-teman yg dapat mengubat kekecewaanku..
Kenangan lalu akan ku hapuskan satu per satu..
Akan ku simpan segala kedukaan ini..
Menjadikan sebuah pengajaran untuk..
Aku agar tidak mudah percaya pada CINTA..
Cinta mengajar aku erti sebuah pengorbanan..
Tapi mengapa  pengorbananku disia-siakan..
Cinta mengajar aku erti kasih sayang..
Tapi kenapa perasaan itu tidak lagi tercipta untuk aku..
Cinta membuat aku derita..
Derita yg amat pahit untuk ditelan..
Derita juga lah yg membuat aku lebih matang..
Hari ini..
Satu semangat baru hadir dalam hidupku..
Semangat agar aku melupakan segala masalahku..
Semangat agar aku terus berjuang..
Berjuang menggapai kebahagiaan abadi..
Walaupun cinta bukan lagi milikku....

Sabtu, 5 November 2011

sahabat

Sahabatku,
bertahun kite bersama,
bagai semalam baru bersua..

Sahabatku,
dihadapan sungguh indah sekali,
kita bersama berkelana..

Sahabatku,
inikah yang dikata kan persahabatan??
saat susah kau mencariku,
saat senang kau meninggalkan ku,
bila dibelakang ku,
kau mengutuk diriku,
bila dihadapan ku,
kau menyanjung-nyanjungku..

Sahabatku,
adakah ini berpunca dari sikap ku??
katakanlah wahai sahabatku !
katakanlah pada diriku,
jika ini benar-benar silap ku,
maafkanlah aku..

Maafkanlah aku,
jika kau pernah termakan pahit bicaraku,
selama kita bersahabat,

Walaupun hati ini terluka,
aku tetap doakan kau gembira,
berdamping dengan sahabat kesayanganmu,
aku berharap sahabat kesayangan mu itu,
tidak seperti diriku,,
aku hanya seorang insan yang lemah,
seorang insan yang sering melakukan kesilapan..

Akhir kata daripadaku,
kudoakan agar kau memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat..

Jumaat, 4 November 2011

luahan hati




sakitnye hati pabile cinta tak diterime..lagi sakit pabile cinte itu tdk direstui..hati ini bagaikan disiat2 rasanya..hendak ku tangisi namun airmata ini sudah kering..tiade lagi sisa2 yg boleh dikeluarkan..hati ini terasa kosong..hidupku terasa sunyi dan sepi..tiade lagi gelak tawa yang dapat aku luahkan..yang ada hanyalah kehidupan yang kosong..tanpa teman2 disisi..hidupku terasa amat sunyi sekali..pujaan hatiku..entah kenapa sejak akhir2 ini aku merasa kau semakin berubah..seperti menjauhkan diri dari kehidupanku..aku cukup terseksa dengan perubahan sikapmu itu..aku tidak betah untuk mengharungi hidup tanpe kehadiranmu..aku sedih..tertekan tatkala wajahmu menjelma di fikiranku ini..setiap detik kita bersama masih segar di ingatan ini..dari detik pertama perkenalan kita sehinggalah ke saat ini..segalanya masih segar di minda..senyuman mu yang dulu masih ku ingat..mengapa begitu sukar untukku luputkan perasaan aku terhadapmu sedangkan aku tahu kita tidak mungkin akan bersatu..halangan itu sentiasa menghantui kehidupanku..setiap kali perasaan sayangku terhadapmu membuak2..pasti halangan itu akan meragut kebahagiaanku..apakah tiade peluang untuk aku merasa kebahagiaan hidup bersamamu..dan kau pula..mengapa begitu sukar untuk mu meluahkan perasaan itu terhadapku..jikalau tiada katakan tiada..agar aku bisa meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang..dan jikalau ada..katakan ada..agar aku bisa merasa nikmat kebahagiaan kerana dapat merasa sayangmu itu..agar aku bisa menaruh harapan terhadap dirimu dan tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan..tidak seperti sekarang..hati aku sentiase berbelah bahagi..antara sayang dan tidak..aku takut untuk menaruh terlalu banyak harapan terhadap dirimu..kerana takut hati ini berterusan dilukai oleh dirimu..aku lelah..untuk terus menanti dirimu..aku seakan telah putus harapan untuk terus berharap cinta dari dirimu..jika kau tidak menyayangi ku katakan saja..mengapa harus kau melayani ku seperti aku bertakhta dihatimu..mengapa harus kau menjaga hati ini..mengapa harus kau berhati2 setiap kali berbicara denganku..jelingan matamu..senyumanmu..sentiasa menggegarkan hati ini tatkala mataku memandangnya..tetapi mengape begitu sukar untukku mendapatkan hatimu..terlalu kuatkah egomu sehingga mencabar kesabaranku..sungguh aku tak sanggup untuk bertahan lagi..